Sejid
Terma Penggunaan
Dikemas kini 11 Oktober 2026
Syarat menggunakan Sejid, termasuk peraturan komuniti, LIVE, page organisasi dan sumbangan.
1. Penerimaan terma
Dengan mendaftar atau menggunakan Sejid, anda bersetuju dengan Terma Penggunaan ini, Dasar Privasi dan Dasar Sumbangan & Bayaran. Jika anda menggunakan Sejid bagi pihak organisasi, anda mengesahkan bahawa anda diberi kuasa untuk berbuat demikian.
2. Akaun anda
- Anda mesti berumur sekurang-kurangnya 13 tahun.
- Berikan maklumat yang benar dan jaga kerahsiaan kata laluan anda.
- Anda bertanggungjawab atas semua aktiviti dalam akaun anda. Maklumkan kami segera jika akaun anda disalahgunakan.
- Satu akaun untuk seorang individu. Jangan menyamar sebagai orang atau organisasi lain.
3. Page organisasi
- Hanya wakil yang diberi kuasa boleh mewujudkan dan mengurus page masjid, surau atau NGO. Sejid boleh meminta bukti dan mengesahkan, menggantung atau menolak page.
- Organisasi bertanggungjawab atas ketepatan pengumuman, program, kempen dan rekod kewangan mereka, serta penggunaan data ahli mengikut undang-undang.
- Setiap page mesti sentiasa mempunyai sekurang-kurangnya seorang pemilik. Jika pemilik terakhir memadam akaun, page diserahkan kepada AJK lain atau dijaga oleh Sejid sehingga pemilik baharu dilantik.
4. Peraturan komuniti
Anda tidak boleh menyiarkan, menstrim atau menghantar kandungan yang:
- menyalahi undang-undang Malaysia, menghasut, atau menyentuh sensitiviti agama, kaum atau institusi diraja;
- mengandungi kebencian, ugutan, buli, gangguan atau keganasan;
- lucah, eksplisit, atau mengeksploitasi kanak-kanak dalam apa jua bentuk;
- palsu, mengelirukan, penipuan atau kutipan derma tanpa kebenaran;
- spam, iklan tanpa izin, perisian hasad atau usaha menggodam;
- melanggar hak cipta atau privasi orang lain, termasuk mendedahkan data peribadi tanpa izin.
Sejid mengamalkan dasar toleransi sifar terhadap bahan penderaan atau eksploitasi seksual kanak-kanak. Kandungan sebegini akan dibuang, akaun ditamatkan dan laporan dibuat kepada pihak berkuasa.
Sejid tidak bertoleransi terhadap kandungan yang melanggar peraturan ini atau pengguna yang menyalahgunakan Sejid. Laporan disemak dalam masa 24 jam; kandungan yang melanggar dibuang dan pengguna atau organisasi yang bertanggungjawab boleh digantung.
5. Melapor dan moderasi
Laporkan kandungan atau pengguna yang melanggar peraturan menggunakan pilihan Lapor dalam aplikasi atau melalui e-mel kepada kami. Hos LIVE boleh menyembunyikan komen dan menyenyapkan pengguna, dan anda boleh menyekat pengguna supaya komen mereka tidak dipaparkan kepada anda. Kami menyemak laporan secepat mungkin dan boleh membuang kandungan, menyekat ciri atau menggantung akaun tanpa notis awal.
6. LIVE
Hos dan tetamu LIVE bertanggungjawab atas kandungan siaran mereka dan mesti mendapatkan izin sebelum menyiarkan orang lain. Penghargaan LIVE dihantar menggunakan points Sejid Reward dan tidak memindahkan wang kepada organisasi penganjur. Lihat Dasar Sumbangan & Bayaran.
7. Sumbangan dan bayaran
Sejid menyediakan platform; sumbangan dan bayaran diterima oleh organisasi berkenaan melalui gerbang pembayaran berlesen. Penggunaan dana adalah tanggungjawab organisasi. Butiran caj, resit dan pemulangan dinyatakan dalam Dasar Sumbangan & Bayaran.
8. Kandungan dan harta intelek
Anda kekal memiliki kandungan yang anda siarkan, tetapi memberi Sejid lesen bukan eksklusif dan percuma untuk menyimpan, memapar dan mengedarkannya bagi tujuan mengendalikan perkhidmatan. Nama, logo dan reka bentuk Sejid adalah milik kami. Teks dan audio al-Quran disediakan oleh AlQuran Cloud mengikut terma mereka; waktu solat daripada JAKIM e-Solat.
9. Ketersediaan perkhidmatan
Kami berusaha memastikan Sejid sentiasa tersedia tetapi tidak menjamin perkhidmatan tanpa gangguan. Waktu solat, arah kiblat dan reminder disediakan sebagai panduan; sila rujuk sumber rasmi jika ragu-ragu. Kami boleh mengubah, menambah atau menghentikan ciri.
10. Had liabiliti
Setakat yang dibenarkan undang-undang, Sejid tidak bertanggungjawab atas kerugian tidak langsung, kandungan yang disiarkan oleh pengguna atau organisasi, atau penggunaan dana oleh organisasi. Tiada apa-apa dalam terma ini mengehadkan hak anda sebagai pengguna di bawah undang-undang Malaysia.
11. Penggantungan dan penamatan
Kami boleh menggantung atau menamatkan akaun atau page yang melanggar terma ini. Anda boleh berhenti menggunakan Sejid dan memadam akaun pada bila-bila masa.
12. Undang-undang
Terma ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia. Kami akan menghantar notis dalam aplikasi atau melalui e-mel sebelum perubahan penting berkuat kuasa.
13. Hubungi kami
Hubungi kami di salam@sejid.com. Sila hantar daripada e-mel akaun Sejid anda supaya kami boleh mengesahkan identiti anda. Permintaan berkaitan data peribadi diuruskan oleh Pegawai Perlindungan Data Sejid melalui alamat yang sama (tajuk: "Perlindungan Data").