Sejid
Padam Akaun Sejid
Dikemas kini 11 Oktober 2026
Langkah untuk memadam akaun Sejid anda, serta data yang dipadam dan yang disimpan.
Cara memadam akaun
- Aplikasi Sejid: buka tab Akaun → Padam akaun → Padam akaun saya.
- Web: log masuk di sejid.com, buka Akaun (sejid.com/profil) → Padam akaun → Padam akaun saya.
- Jika anda pemilik terakhir sesebuah page, pilih AJK yang akan menjaganya atau serahkan kepada Sejid.
- Taip PADAM dan tekan Padam kekal. Akaun dipadam serta-merta dan anda dilog keluar daripada semua peranti.
Data yang dipadam
Butiran log masuk (e-mel dan Google/Apple), kata laluan, nama, gambar profil, organisasi yang diikuti, reminder dan langganan notifikasi, Quick Infaq, pautan Khairat Saya dan keahlian AJK.
Data yang disimpan
Rekod derma, kutipan/yuran dan tuntutan khairat, termasuk nama dan e-mel pada resit, disimpan sekurang-kurangnya tempoh yang dikehendaki undang-undang (lazimnya 7 tahun) kerana organisasi memerlukannya untuk perakaunan dan audit. Rekod kariah yang diurus oleh organisasi kekal di bawah tanggungjawab organisasi tersebut.
Tidak dapat log masuk?
E-mel salam@sejid.com daripada alamat e-mel akaun anda dengan tajuk "Padam akaun". Kami akan mengesahkan dan memadam akaun dalam tempoh 21 hari.