Sejid
Dasar Privasi
Dikemas kini 11 Oktober 2026
Cara Sejid mengumpul, menggunakan, berkongsi dan melindungi data peribadi anda di sejid.com dan aplikasi Sejid untuk Android dan iPhone, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
1. Tentang dasar ini
Sejid ("kami") ialah platform komuniti yang menghubungkan pengguna dengan masjid, surau dan NGO ("organisasi"). Dasar ini terpakai kepada laman web sejid.com dan aplikasi mudah alih Sejid.
Dengan mendaftar atau menggunakan Sejid, anda mengakui bahawa anda telah membaca dasar ini. Jika anda tidak bersetuju, sila jangan gunakan Sejid.
Bagi rekod kariah dan khairat, masjid atau surau berkenaan ialah pengguna data yang menentukan data yang dikumpul; Sejid memproses data itu bagi pihak mereka. Pertanyaan atau permintaan pembetulan tentang rekod ahli boleh dibuat kepada AJK organisasi tersebut atau kepada kami.
2. Data yang kami kumpul
- Akaun: nama paparan, alamat e-mel, kata laluan (disimpan dalam bentuk cincang, bukan teks asal), pilihan bahasa dan gambar profil jika anda memuat naiknya.
- Log masuk Google atau Apple: pengecam akaun, nama dan e-mel yang dikongsi oleh penyedia tersebut. Kami tidak menerima kata laluan Google atau Apple anda.
- Komuniti: organisasi yang anda ikuti, komen, reaksi, penghargaan LIVE dan kandungan lain yang anda siarkan.
- Jawatankuasa (AJK): peranan, jawatan dan kebenaran anda dalam organisasi, serta tindakan pentadbiran yang direkodkan dalam log audit.
- Kariah dan khairat: nama, nombor MyKad, tarikh lahir, alamat, nombor telefon, maklumat tanggungan, dokumen sokongan serta rekod yuran dan tuntutan, sama ada dimasukkan oleh anda atau oleh organisasi.
- Transaksi: jumlah, tujuan, nama dan e-mel pembayar, rujukan bank/FPX dan status bayaran untuk derma, kutipan dan yuran, serta baki dan sejarah points Sejid Reward. Kami tidak menerima atau menyimpan butiran log masuk perbankan atau nombor kad anda.
- Lokasi: hanya apabila anda membenarkannya, untuk menentukan zon waktu solat, arah kiblat dan masjid berhampiran. Zon solat yang dipilih disimpan pada akaun; kami tidak menjejak lokasi anda secara berterusan.
- Kamera dan mikrofon: hanya apabila anda bersiaran atau menjadi tetamu LIVE, atau memilih gambar. Siaran LIVE distrim secara langsung dan tidak dirakam oleh Sejid.
- Notifikasi: token notifikasi peranti dan pilihan reminder (waktu solat, majlis, bil) apabila anda mengaktifkannya.
- Teknikal: alamat IP, jenis peranti dan pelayar, serta log cubaan log masuk, untuk keselamatan, pencegahan penyalahgunaan dan penyelesaian masalah.
3. Cara kami menggunakan data
- Menyediakan akaun, log masuk dan ciri yang anda pilih.
- Memaparkan pengumuman, program, LIVE dan kempen daripada organisasi yang anda ikuti.
- Memproses derma dan bayaran, mengeluarkan resit dan membolehkan organisasi menyediakan penyata kewangan.
- Menghantar reminder dan notifikasi yang anda aktifkan.
- Melindungi pengguna dan platform daripada penipuan, spam dan penyalahgunaan.
- Mematuhi kewajipan undang-undang, audit dan cukai.
Kami tidak menjual data peribadi anda, tidak memaparkan iklan pihak ketiga dan tidak menggunakan alat penjejakan pengiklanan.
4. Peranan masjid, surau dan NGO
Organisasi yang menggunakan Sejid menguruskan rekod ahli kariah, khairat, kutipan dan derma mereka sendiri. Bagi rekod tersebut, organisasi bertanggungjawab ke atas ketepatan dan penggunaan data, manakala Sejid memproses data itu bagi pihak mereka.
AJK hanya boleh mengakses data mengikut kebenaran yang diberikan oleh pemilik organisasi. Semua tindakan penting direkodkan dalam log audit.
Permintaan berkaitan rekod kariah atau khairat anda boleh dibuat terus kepada organisasi berkenaan atau melalui kami.
5. Perkongsian dengan pihak ketiga
Kami berkongsi data hanya setakat yang diperlukan dengan penyedia perkhidmatan berikut:
- Cloudflare: pengehosan, pangkalan data, storan fail dan infrastruktur siaran LIVE.
- Penyedia gerbang pembayaran organisasi dan bank FPX: memproses bayaran dalam talian.
- Google dan Apple: log masuk (jika anda memilihnya) dan penghantaran notifikasi ke peranti.
- Expo: perkhidmatan penghantaran notifikasi aplikasi mudah alih.
- JAKIM e-Solat: data waktu solat. Hanya kod zon dihantar, bukan maklumat peribadi.
- AlQuran Cloud: teks dan audio al-Quran. Tiada maklumat peribadi dihantar.
Organisasi yang anda bayar atau sertai boleh melihat butiran transaksi dan keahlian yang berkaitan dengan mereka. Kami juga boleh mendedahkan data jika dikehendaki oleh undang-undang atau perintah mahkamah.
6. Pemindahan ke luar Malaysia
Sebahagian penyedia kami memproses data di pusat data di luar Malaysia. Kami memilih penyedia yang menyediakan perlindungan setara dengan PDPA.
7. Tempoh penyimpanan
- Data akaun disimpan selagi akaun anda aktif dan dipadam apabila anda memadam akaun.
- Rekod transaksi kewangan disimpan sekurang-kurangnya tempoh yang dikehendaki undang-undang perakaunan dan cukai Malaysia (lazimnya 7 tahun), walaupun akaun telah dipadam.
- Rekod kariah dan khairat disimpan selagi diperlukan oleh organisasi berkenaan. Permohonan kariah yang telah diputuskan hanya menyimpan 4 digit terakhir nombor MyKad selepas 90 hari.
- Log keselamatan disimpan untuk tempoh terhad yang diperlukan bagi menyiasat penyalahgunaan.
8. Keselamatan
Data dihantar melalui sambungan yang disulitkan (HTTPS). Kata laluan dicincang, sesi boleh dibatalkan, akses AJK dikawal mengikut peranan dan tindakan sensitif direkodkan. Tiada sistem yang selamat sepenuhnya; jika berlaku pelanggaran data yang menjejaskan anda, kami akan memaklumkan anda dan pihak berkuasa seperti yang dikehendaki undang-undang.
9. Hak anda
- Mengakses dan mendapatkan salinan data peribadi anda. Butang Muat turun data saya di halaman Akaun memberi salinan dalam format JSON serta-merta.
- Membetulkan data yang tidak tepat (nama dan gambar boleh dikemas kini di Akaun).
- Menarik balik persetujuan, termasuk mematikan lokasi, kamera, mikrofon dan notifikasi dalam tetapan peranti.
- Memadam akaun anda pada bila-bila masa (lihat bahagian 10).
- Meminta data anda dipindahkan dalam format yang biasa digunakan (fail JSON daripada Muat turun data saya).
- Membuat aduan kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia.
Kami akan menjawab permintaan dalam tempoh 21 hari.
10. Pemadaman akaun
Anda boleh memadam akaun di Akaun → Padam akaun, sama ada di web atau dalam aplikasi. Butiran log masuk, nama, gambar profil, organisasi yang diikuti, reminder, tetapan peranti, Quick Infaq, pautan Khairat Saya dan keahlian AJK anda dipadam serta-merta.
Rekod transaksi kewangan (derma, kutipan/yuran dan tuntutan khairat), termasuk nama dan e-mel pada resit, disimpan kerana organisasi memerlukannya untuk perakaunan dan audit. Rekod ini tidak lagi dikaitkan dengan akaun aktif.
Jika anda pemilik terakhir sesebuah page, anda perlu menyerahkannya kepada AJK lain atau kepada Sejid sebelum akaun dipadam. Lihat sejid.com/padam-akaun untuk langkah penuh.
11. Kanak-kanak
Sejid tidak ditujukan kepada kanak-kanak bawah 13 tahun dan mereka tidak boleh mendaftar akaun sendiri. Maklumat tanggungan bawah umur dalam rekod kariah atau khairat hanya dimasukkan oleh ibu bapa, penjaga atau organisasi.
12. Kuki dan storan peranti
Kami hanya menggunakan kuki dan storan peranti yang perlu: untuk mengekalkan log masuk, mengingati bahasa dan menyimpan tetapan seperti zon waktu solat. Kami tidak menggunakan kuki pengiklanan atau penjejakan pihak ketiga.
13. Perubahan dasar
Kami mungkin mengemas kini dasar ini. Tarikh kemas kini dipaparkan di atas, dan perubahan penting akan dimaklumkan dalam aplikasi atau melalui e-mel.
14. Hubungi kami
Hubungi kami di salam@sejid.com. Sila hantar daripada e-mel akaun Sejid anda supaya kami boleh mengesahkan identiti anda. Permintaan berkaitan data peribadi diuruskan oleh Pegawai Perlindungan Data Sejid melalui alamat yang sama (tajuk: "Perlindungan Data").