Video pendek tanpa suara, satu langkah pada satu masa, dengan tulisan besar dan bulatan pada butang yang perlu ditekan. Tekan video untuk main. Langkah yang sama ditulis di bawah setiap video.
Panduan 1
Buka portal AJK dan tukar organisasi
Untuk AJK yang baru menerima jemputan: di mana portal, dan cara bertukar jika anda AJK di lebih daripada satu masjid.
1Tekan Akaun di bahagian bawah skrin.
2Tekan nama masjid anda: Buka pengurusan.
3Ini portal AJK. Untuk semua menu, tekan Lagi.
4Tekan kotak Tukar organisasi dan pilih masjid yang lain.
5Siap. Sekarang anda mengurus masjid yang dipilih.
Panduan 2
Rekod kiraan tabung Jumaat
Bendahari rekod kiraan ikut nilai not, dua AJK lain sahkan di telefon masing-masing.
1Di portal, tekan Lagi di bahagian bawah.
2Tekan Buku tunai.
3Tekan butang hijau Rekod kiraan tabung.
4Isi berapa keping setiap not. Jumlah besar dikira sendiri.
5Tekan nama dua AJK lain yang mengira bersama anda.
6Tekan Simpan dan minta pengesahan.
7Siap. Kiraan menunggu pengesahan AJK lain.
8Di telefon AJK lain: tekan Sahkan kiraan.
9Jika jumlah sama, tekan Ya, saya sahkan.
Panduan 3
Terbitkan pengumuman dengan gambar
Tulis tajuk dan isi, tambah gambar dari telefon, terbitkan. Jemaah terima di telefon mereka.
1Di portal, tekan Pengumuman di bahagian bawah.
2Tekan butang hijau Buat pengumuman.
3Tulis Tajuk dan isi pengumuman.
4Tekan Tambah gambar / video, pilih gambar dari telefon.
5Gambar sudah masuk. Boleh tambah beberapa keping.
6Tekan Terbitkan.
7Siap. Pengumuman terus muncul untuk jemaah.
Panduan 4
Tulis minit mesyuarat
Tanda kehadiran, tulis baris 3.1, 3.2 dengan lajur Tindakan, simpan dan cetak di kepala surat masjid.
1Tekan Lagi, kemudian Mesyuarat.
2Pada mesyuarat yang sudah berlangsung, tekan Tulis minit.
3Tanda Hadir bagi setiap AJK yang datang.
4Tulis perbincangan di baris 3.1.
5Di lajur Tindakan, isi siapa yang perlu buat.
6Tekan Tambah baris untuk perkara seterusnya: 3.2.
7Selesai menulis, tekan Simpan minit.
8Tekan Cetak minit untuk cetak di kepala surat masjid.
9Minit siap dicetak. Tindakan dijejak secara automatik.
Panduan 5
Luluskan baucar bayaran
Untuk Pengerusi atau Pegawai Pengawal: semak baucar yang menunggu, akui tiada kepentingan peribadi, luluskan.
1Tekan Lagi, kemudian Buku tunai.
2Di Menunggu tindakan anda, tekan baucar yang menunggu.
3Semak penerima, butiran dan jumlah bayaran.
4Tanda kotak: tiada kepentingan peribadi dalam bayaran ini.
5Tekan Luluskan.
6Siap. Bendahari boleh buat bayaran.
Panduan 6
Pasang Mod TV masjid
Aktifkan, pilih zon waktu solat, simpan, dan buka pautan yang sama di Smart TV masjid.
1Tekan Lagi, kemudian Mod TV.
2Tanda kotak Aktifkan Mod TV.
3Tekan Zon waktu solat JAKIM dan pilih kawasan anda.
4Tekan Simpan.
5Tekan Lihat paparan. Buka pautan yang sama di Smart TV.
6Inilah paparan di TV masjid: jam, waktu solat dan pengumuman.
Sudah tonton?
Mudah, bukan? Cuba sendiri di Sejid.
Portal AJK dibuka dari butang Akaun di app Sejid, atau di sejid.com/portal. Jika tersekat, minta AJK lain tunjukkan sekali, atau tulis kepada salam@sejid.com.